Pencinta AllahRasulislam
Rabu, 27 Ogos 2014
Isnin, 17 Jun 2013
ikhlas~~~ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS ..???
ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS
..???
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata
seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu
sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun
bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti
program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan
kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya
untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh,
dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih
tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya
kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang
anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion
masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya.
Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik
gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat
kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi
walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang
paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu
misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what
you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia.
Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja,
tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat
saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa
yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat
kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan
dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita
bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan
Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak
memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang
melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula
kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang
tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita
buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah
kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam
hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada
hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu
pertanyaan… orang ikhlas tertindas?
bimbingan untuk mencapai tahap mu'min
Ilmu
pengetahuan (I~IV)
Keutamaan Ilmu Pengetahuan (I)
Di dalam Al-Quran banyak sekali ayat-ayat yang menerangkan bukti-bukti mengenai hal keutamaan ilmu pengetahuan. Diantaranya ialah firman Allah S.W.T :
Di dalam Al-Quran banyak sekali ayat-ayat yang menerangkan bukti-bukti mengenai hal keutamaan ilmu pengetahuan. Diantaranya ialah firman Allah S.W.T :
“,,Allah
sudah menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Dia sendiri, juga malaikat dan
orang-orang yang berilmu pengetahuan menyaksikan yang sedemikian itu, bahkan
Allah itu Maha Berdiri Sendiri dengan Adil,,”
|
Surah
Ali’Imbran 18
Perhatikan ayat
diatas, bukankah untuk kesaksian itu dimulai Dirinya Sendiri (Allah S.W.T) ,
kemudian golongan malaikat, dan ketiganya adalah orang-orang yang berilmu
pengetahua. Ini saja sudah cukup sebagai hal yang menunjukkan kemuliaan dan
keutamaan mereka itu.
Allah berfirman pula :
“,,Allah
mengangkat orang-orang yang beriman
dari golonganmu (Nabi Muhammad S.A.W) dan juga orang-orang yang dikurnaiakan
ilmu pengetahuan hingga beberapa darjat,,”
|
Surah Mujadalah 11
Juga firman Allah
S.W.T :
“,,katakanlah
: ,,adakah sama orang-orang yang berilmu pengetahuan dan orang-orang yang
tidak berilmu pengetahuan,,”
|
Surah
Zumar 9
Demikian pula
firman Allah Ta’ala :
“,,bahawasanya
yang takut kepada Allah dari golangan hamba-hambaNya itu adalah orang-orang
yang berilmu pengetuhan,,”
|
Surah
Fathir 28
Allah S.W.T
berfirman lagi :
“,,andai
kata mereka mengembalikan berita itu
kepada Rasul, juga kepada orang-orang yang memegang pemerintahan, pastilah
berita itu sudah pasti difahami kenyataannya oleh orang-orang yang benar
–benar meneliti hal yang sedemikian
tadi dari golongan mereka itu sendiri,,”
|
Surah
Nisa’ 83
Jadi, mengenai
hukumnya dalam segala kejadian yang berlaku, senantiasa dikembalikan kepada orang-orang yang berilmu
pengetahuan itu, bahkan martabat mereka itu disusulkan setingkat, kemudian
sesudah martabat para Nabi dalam melaksanakan hukum Allah S.W.T.
Ada pun hadis-hadisnya yang berkenaan dengan keutamaan ilmu pengetahuan itu, diantaranya ialah sabda Rasulullah S.A.W. :
“,,barangsiapa
yang dikehendaki baik oleh Allah, maka
dia dipintarkan dalam hal keagamaan dan di ilhamkan olehNya kepandaian dalam
hal itu,,”
|
Diriwayatkan
oleh Bukhari, Muslim & Thabrani
Juga sabda
Baginda Rasul :
“,,para alim ulama adalah para pewaris para Nabi,,”
|
Didiwayatkan
oleh Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Madjah & Ibnu Hibban
Sudah jelaslah bahawa
tiada lagi pangkat yang lebih tinggi diatas pangkat kenabian itu dan tiada
kemuliaan yang lebih tinggi diatas pangkat sebagai pewaris para nabi.
lagi sabda Rasulullah S.A.W. :
“,,apabila aku
didatangi suatu hari dan aku tidak bertambah ilmuku pda hari itu yang dapat
mendekatkan diriku kepada Allah S.W.T. , maka tidak ada keberkatan untukku
dalam terbitnya matahari pada hari itu,,”
|
Diriwayatkan
oleh thabrani, Abu Nua’im & Abdilbar
Dalam menjelaskan
bahawa ilmu pengetahuan itu lebih utama daripada ibadat dan penyaksian,
Rasulullah S.A.W. bersabda :
“,,keutamaan orang
alim keatas orang ‘abid (orang yang
beribadat) sebagaimana keutamaanku diatas serendah-rendah orang
dari golongan sahabat-sahabatku,,”
|
Diriwayatkan
oleh Tirmidzi
Cubalah
perhatikan dengan saksama, betapa bernilainya ilmu pengetahuan itu sehingga
disamakan seiring dengan darjat kenabian dan betapa pula kerendahannya sesuatu
amalan yang sunyi dari ilmu pengetahuan, sekalipun yang beramal ibadat itu
tentunya tidak terlepas dari pengetahuan cara beribadat yang senantiasa dikekalkan mengerjakannya , kerana andai kata
tanpa ilmu pengetahuan prihal cara beribadat itu , pastilah bukan ibadat
namanya.
juga sabda Rasulullah S.A.W. :
“,,keutamaan orang
yang berilmu diatas orang yang beribadat itu seperti keutamaan bulan selurauh
bintang-bintang lainnya,,”
|
Diriwayatkan
oleh Abu Daud, Tirmidzi, Nasa-i & Ibnu Hibban
Salah satu
diantara berbagai-bagai wasiat yang disampaikan oleh Luqman keoada putranya
ialah :
“,,hai anakku,
pergaulilah para alim ulama dan rapatilah mereka itu dengan kedua lututmu,
kerana sesungguhnya Allah S.W.T. itu menghidupkan hati dengan cahaya hikmat sebagaimana Dia
menghidupkan bumi dengan hujan
lebat dari langit,,”
|
wallau'alam ..
Isnin, 15 April 2013
Andai Rasulullah Masih Ada.... :'(
...ingin sekali
melihat air mata sucinya yang jatuh ketika menangis.
Anas
bin Mas'ud r.a. meriwayatkan : "Rasulullah bersabda kepadaku, 'Bacakan
suatu ayat kepadaku! Aku bertanya, 'wahai Rasulullah SAW, bagaimana mungkin aku
membacakan ayat untukmu, sedangkan ayat itu diturunkan kepadamu?' Baginda
bersabda, "aku suka mendengarkannya dari orang lain." Maka aku
membaca surah an-Nisa' sampai ke ayat,'...dan Kami mendatangkan engkau
(Muhammad) sebagai saksi atas mereka...(ayat 41), aku melihat kedua-dua mata
Nabi SAW berlinangan dengan air mata"'- riwayat
at-Tirmizi,al-Bukhari,Muslim,Abu Dawud dan Ahmad
Aisyah
r.a. meriwayatkan : "Rasulullah SAW mencium Uthman Bin Mazh'un yang telah
meninggal dunia, sementara Beliau menangis (kedua mata Baginda berlinangan
dengan air mata)."-riwayat at-Tirmizi,Abu Dawud,Ibnu Majah dan Ahmad
Ibnu
Abbas r.a. meriwayatkan : "Rasulullah SAW mengambil anak perempuan Baginda
yang hampir meninggal untuk diletakkan di pangkuan Baginda. Akhirnya, anak itu
meninggal di pangkuan Baginda hinggaUmmu Aiman menangis. Rasulullah SAW
bersabda : 'kenapa engkau menangis dihadapan ku?' Dia menjawab : 'Bukankah
engkau pernah menangis?' Baginda bersabda : 'Aku tidak berniat untuk menangis,
tetapi sebagai bentuk kasih sayang. Sungguh, orang beriman selalu merasa baik
(tenang) dalam setiap keadaan. Ketika melihat seseorang meninggal dunia, dia
tetap menmuji Allah SWT.'"-riwayat at-Tirmizi, Nasa'i dan Ahmad
wallau'alam...
sumber : wwwpencintaari.blogspot.com & Gen-Q
Jumaat, 5 April 2013
Kisah Anak Paderi Memeluk Agama Islam
Kisah Anak Paderi Memeluk Agama Islam
Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama
saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah
Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya
seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya
dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk
Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program
khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar
RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah
rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah
diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan
harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya
dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka.
Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan
intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan.
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.Sewaktu Tingkatan 3
saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih
dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya
mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya
terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan
agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu
dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya
bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). “cikgu saya ada
beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah
cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama
Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan
beberapa persoalan, antaranya;
- Mengapa orang Islam sembah ka’abah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan
Islam adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan
kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka
peperangan.
- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan,Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan
kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab
secara tepat.
- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,
kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah
saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak
mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang,
bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping
mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan
kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang
berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa
bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat
pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti
mereka.
Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin
tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta,
saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan
berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz
itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama
selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya
lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik
melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke
arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga
saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya
dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah
.
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan
saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti
kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran
lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya
di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil
Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam.
Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai
setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah
pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi
pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan
orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan
kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di
PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan
bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya.
Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang
sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar
surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik.
Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat
berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan
menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu
murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah
dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah
betapa agungnya kekuasaanMu….
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah
saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah
bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana
kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita
tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari
jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat
dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa
orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,”You
apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini
sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya
tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula
kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan
derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh
puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa
benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak
Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri
menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di
IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh
cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra
Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara
yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara
kita terminum ‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk
Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air
kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil
sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar
dan dapat diselamatkan. insyaAllah.
Wallahu’alam…
from: Pencinta AllahRasulislam
tabiat perempuan bawa ke neraka
2 TABIAT
PEREMPUAN BAWA KE NERAKAMarch 14th, 2012 |
9:44 pm |
As’salamualaikum .
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid,
di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan
Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum
wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’.
Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda
pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:“Assalamu’alaikum,
wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak
di neraka”.Seorang wanita lalu
bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini
kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat
kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:·
Kamu banyak mengutuk/menyumpah
·
Kamu kufurkan kebaikan suami
Kemudian baginda SAW
mengingatkan supaya:·
Banyak beristighfar
·
Banyak bersedekah
Keterangan: Yang
dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawahContoh 1 – Katakan
kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan
marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan
mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu
cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena
sumpah.Contoh 2 – Tengah
memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak
habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh
suami.Berkaitan dengan hal
ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang
dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’.Rasulullah SAW
berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup
engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia
tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”Awak ini,
saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari Arab). [Dalam masyarakat
kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti
berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna
sesen pun']Rasulullah SAW
sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu
pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan
Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar
dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh
menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.Fadhilat
beristighfar:a. Sabda Rasulullah
SAW :“Siapa yang
melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang
yang lupa (nyanyuk).” Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda
lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari.
Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk
mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.b .Sabda Rasulullah
SAW :“Siapa yang
melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan.
Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita.
Sifat hazan bererti berdukacita”c. Istighfar juga
memurahkan rezeki.Jangan dianggap
rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga
termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:d.
Tuturkata/percakapan yang baik.Yang paling utama
ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah
rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina
Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta
diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah
bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya perempuan yang
Allah SWT berkenan tutur katanya”.2.
Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.Juga terutamanya
kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,”Kamu senyum sahaja pun
sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :”Nak buat
baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.” Maka setelah diberi
peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah
diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan
kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari
sekarang.Sumber: Pencinta AllahRasulislam
Langgan:
Catatan (Atom)